07
Rab, Okt

Grid List

VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI

KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT

MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA

TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET

MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK

VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN

OP AMBAL TANJUNG MANIS KELUARTKAN EMPAT KOMPAUN MELIBATKAN TUJUH KESALAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT

LUMUT, 3 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak berjaya menemukan seorang kru warga Thailand yang dilaporkan hilang ketika sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) keluar ke laut dari Jeti Nelayan Pantai Remis, dalam keadaan selamat, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak menerima aduan berhubung kehilangan kru VNT KHF 2527 yang dipercayai terjatuh ke laut ketika vesel berkenaan keluar ke laut kira-kira jam 10.50 malam, Khamis lalu.

Susulan laporan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi selaku pusat penyelaras telah mengatur gerak KM NUSA, Bot PERKASA 1238 dan Bot BENTENG 1203 ke lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di sekitar perairan Pulau Talang. Operasi turut dibantu vesel yang berada berhampiran sektor pencarian.

Operasi CARILAMAT dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan cuaca semasa yang mencatatkan angin dari arah barat laut pada kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam, ketinggian ombak sekitar 0.5 hingga 1.0 meter serta ribut petir di beberapa lokasi.

“Kira-kira jam 11.35 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Mr. Sunthorn, 51 tahun, warga Thailand, berjaya ditemukan dalam keadaan selamat. Mangsa dipercayai berenang ke daratan sebelum mendapatkan bantuan orang awam,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pemilik vesel untuk tindakan selanjutnya dan Operasi CARILAMAT ditamatkan selepas mangsa disahkan selamat.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya anggota dan aset Maritim Malaysia serta komuniti maritim yang membantu dalam usaha mengesan dan menemukan mangsa.

Grid List

PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI DAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA KSU KDN TAHUN 2026

LABUAN, 5 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Program Jelajah Wira Madani (PJWM) dan Program Nilai-Nilai Murni Bersama KSU KDN Tahun 2026 di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Dr. Awang Alik bin Jeman, bertujuan mendekatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan dan sinergi antara agensi Kerajaan dengan komuniti setempat.

Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan (IPMZL) turut menyokong pelaksanaan program sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, nilai-nilai murni serta kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk terus mendekati masyarakat, membina kepercayaan dan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi Kerajaan serta komuniti setempat.

Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan akan terus komited dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan perairan Labuan sentiasa terpelihara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC