KUALA LINGGI, 2 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan mematahkan cubaan tiga warga Indonesia, termasuk seorang tekong, memasuki Malaysia melalui laluan laut tidak diwartakan dalam operasi di perairan Melaka pada 25 September lalu.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 46 hingga 48 tahun itu ditahan selepas aset Maritim Malaysia mengesan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.1 batu nautika tenggara Pulau Konet, pada pukul 3.30 pagi.
“Bot berkenaan telah diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, namun tekong bertindak memecut sebelum berjaya dipintas oleh pasukan operasi. Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pemeriksaan susulan di kawasan pantai berhampiran Pulau Konet pada pukul 3 petang menemukan satu bungkusan teh Cina yang mengandungi bahan berbentuk hablur kristal disyaki dadah jenis syabu, dianggarkan bernilai hampir RM55,000. Bungkusan itu ditemukan kira-kira 40 meter dari pantai dan dipercayai berkaitan dengan aktiviti pengambilan individu oleh sebuah bot dari Pulau Rupat, Indonesia.
Kesemua suspek, bot serta bahan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. Kes penahanan warga Indonesia disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, manakala bahan disyaki dadah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan, risikan dan pemantauan di kawasan berisiko bagi membanteras penyeludupan migran, barangan terlarang serta pencerobohan sempadan perairan negara.
VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI
KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT
MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA
TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET
MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK
VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN
OP AMBAL TANJUNG MANIS KELUARTKAN EMPAT KOMPAUN MELIBATKAN TUJUH KESALAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN
PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI DAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA KSU KDN TAHUN 2026
LABUAN, 5 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Program Jelajah Wira Madani (PJWM) dan Program Nilai-Nilai Murni Bersama KSU KDN Tahun 2026 di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.
Program yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Dr. Awang Alik bin Jeman, bertujuan mendekatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan dan sinergi antara agensi Kerajaan dengan komuniti setempat.
Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan (IPMZL) turut menyokong pelaksanaan program sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, nilai-nilai murni serta kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk terus mendekati masyarakat, membina kepercayaan dan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi Kerajaan serta komuniti setempat.
Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan akan terus komited dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan perairan Labuan sentiasa terpelihara.













.svg.png)

