07
Rab, Okt

Grid List

VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI

KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT

MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA

TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET

MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK

VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN

OP AMBAL TANJUNG MANIS KELUARTKAN EMPAT KOMPAUN MELIBATKAN TUJUH KESALAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN

OP AMBAL TANJUNG MANIS KELUARTKAN EMPAT KOMPAUN MELIBATKAN TUJUH KESALAHAN

TANJUNG MANIS, 1 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis mengeluarkan empat kompaun melibatkan tujuh kesalahan dengan nilai keseluruhan RM12,500 menerusi OP AMBAL Tanjung Manis Bil. 1/2026 yang dilaksanakan dari 28 hingga 30 September lalu.

Operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Muara Paloh, Muara Tanjung Manis dan perairan Sarikei itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan vesel serta pematuhan perundangan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, dengan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Sarawak.

Pengarah Maritim Zon Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, operasi bersepadu tersebut merupakan antara usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan aktiviti perkapalan di perairan negara.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan pemeriksaan bagi memastikan setiap vesel mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa turut diperkasa bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang di perairan sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Sepanjang operasi, sebanyak 23 pemeriksaan visual dan enam pemeriksaan geledah telah dilaksanakan melibatkan 11 pegawai dan anggota Maritim Malaysia bersama sebuah bot, selain enam anggota Jabatan Laut Wilayah Sarawak.

Operasi berakhir pada 30 September lalu kira-kira pukul 4.30 petang.

Maritim Malaysia turut menyeru orang ramai, khususnya komuniti maritim, supaya menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui atau mengesan sebarang aktiviti penyeludupan atau pelanggaran undang-undang di laut bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan segera.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan NG MERS 999, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-3572 8765 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544 untuk tindakan segera.

Grid List

PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI DAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA KSU KDN TAHUN 2026

LABUAN, 5 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Program Jelajah Wira Madani (PJWM) dan Program Nilai-Nilai Murni Bersama KSU KDN Tahun 2026 di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Dr. Awang Alik bin Jeman, bertujuan mendekatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan dan sinergi antara agensi Kerajaan dengan komuniti setempat.

Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan (IPMZL) turut menyokong pelaksanaan program sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, nilai-nilai murni serta kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk terus mendekati masyarakat, membina kepercayaan dan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi Kerajaan serta komuniti setempat.

Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan akan terus komited dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan perairan Labuan sentiasa terpelihara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC