MERSING, 1 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing terus memperkukuh penguatkuasaan di perairan Mersing melalui pelaksanaan Op Mardof, sebuah operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Operasi tersebut dilaksanakan sebagai usaha berterusan memperkukuh pematuhan undang-undang, membanteras aktiviti perikanan yang menyalahi peraturan serta menangani isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.
Pengarah Maritim Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, kerjasama strategik antara agensi amat penting bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, terselaras dan berkesan.
“Op Mardof bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek penguatkuasaan perikanan, malah menjadi platform memperkukuh koordinasi antara agensi dalam menangani pelbagai bentuk pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai dan anggota Jabatan Perikanan Malaysia serta AADK atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan operasi.
Keberkesanan Op Mardof turut diterjemahkan menerusi penahanan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) berhampiran Pulau Tinggi pada 24 September lalu kerana disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah menunda di kawasan yang tidak dibenarkan.
Vesel berkenaan dikendalikan oleh lima kru terdiri daripada empat warga Indonesia dan seorang warga tempatan serta disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.
Maritim Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan melalui operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berkesan, di samping memelihara kelestarian sumber perikanan serta kepentingan komuniti nelayan tempatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau jenayah di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing di talian 07-219 9404 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.
VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI
KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT
MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA
TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET
MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK
VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN
OP AMBAL TANJUNG MANIS KELUARTKAN EMPAT KOMPAUN MELIBATKAN TUJUH KESALAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN
PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI DAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA KSU KDN TAHUN 2026
LABUAN, 5 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Program Jelajah Wira Madani (PJWM) dan Program Nilai-Nilai Murni Bersama KSU KDN Tahun 2026 di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.
Program yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Dr. Awang Alik bin Jeman, bertujuan mendekatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan dan sinergi antara agensi Kerajaan dengan komuniti setempat.
Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan (IPMZL) turut menyokong pelaksanaan program sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, nilai-nilai murni serta kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk terus mendekati masyarakat, membina kepercayaan dan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi Kerajaan serta komuniti setempat.
Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan akan terus komited dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan perairan Labuan sentiasa terpelihara.













.svg.png)

