KUANTAN, 31 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang mengingatkan orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri berikutan peralihan cuaca ke fasa Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November 2025 hingga Mac 2026.
Monsun Timur Laut kebiasaannya membawa tiupan angin kencang antara 40 hingga 50 knot serta hujan lebat berterusan, sekali gus meningkatkan risiko kejadian kecemasan di laut termasuk bot karam, nelayan hilang dan kejadian lemas di pantai.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi musim tengkujuh ini.
“Maritim Negeri Pahang mempunyai 10 buah aset operasi yang terdiri daripada dua buah kapal kelas Offshore Petrol Vessel (OPV), sebuah kapal kelas sederhana, dua buah kapal kelas kecil serta lima buah bot pemintas.”
“Semua aset ini berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi tujuan penguatkuasaan dan menyelamat,” jelas beliau.
Selain itu, Maritim Malaysia turut bersedia melaksanakan misi pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Pahang, khususnya di sekitar Pulau Tioman, sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan sebelum dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading, Rompin.
“Namun begitu, kami menyeru komuniti maritim agar mengutamakan langkah pencegahan dan tidak mengambil risiko keluar ke laut ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.
Selain itu, orang ramai juga disarankan supaya menangguhkan aktiviti rekreasi di pulau dan pantai semasa cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti lemas dan terkandas.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya menyemak ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum keluar ke laut, memastikan bot berada dalam keadaan baik serta dilengkapi jaket keselamatan, membawa alat komunikasi seperti radio atau telefon bimbit, memaklumkan destinasi pelayaran kepada ahli keluarga atau rakan, serta menyimpan nombor talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345/7368 bagi melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut.
Maritim Malaysia turut mempergiatkan kempen kesedaran keselamatan di laut melalui pelbagai platform termasuk media sosial, program bersama komuniti dan pameran awam bagi memastikan mesej keselamatan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

