16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

KM RAWA REDAH LEBIH 200 BATU NAUTIKA BANTERAS NELAYAN ASING

KUALA TERENGGANU, 16 NOVEMBER – 13 nelayan asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu selepas disyaki menceroboh serta melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, seorang tekong bersama 12 awak-awak kesemuanya warga Vietnam berusia lingkungan 16 ke 50 tahun ditahan di atas sebuah vesel nelayan asing oleh Kapal Maritim (KM) RAWA menerusi penugasan Op Naga Barat pada jam 2 petang semalam di kedudukan sekitar 157 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Ketika ditahan, nelayan terbabit cuba melarikan diri dan bertindak agresif dengan melanggar KM RAWA serta menuang minyak di dek vesel bagi mengelakkan anggota penguatkuasa dari menaiki dan menggeledah vesel mereka. Ada diantara nelayan terbabit yang cuba menyembunyikan diri namun berjaya ditemui.

Pemeriksaan mendapati kesemua nelayan terbabit gagal kemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka juga gagal memberi bukti kebenaran menangkap ikan daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan disyaki telah melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Vesel dan peralatan menangkap ikan dirampas dengan anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 1.5 juta. Kesemua nelayan beserta vesel dibawa ke Jeti Maritim Terengganu untuk dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Proses membawa pulang bot memakan masa hampir 26 jam dari lokasi mereka ditahan berikutan angin kencang serta laut bergelora. Vesel tiba di jeti pada jam 4 petang tadi dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Beliau berkata, Op Naga Barat yang diaktifkan sejak April 2019 memberi impak yang positif. Pola kehadiran serta modus operandi mereka telah berubah. Vesel nelayan asing kini hanya dikesan menangkap ikan berdekatan garis sempadan Zon Ekonomi Eksklusif negara dan jumlah mereka juga berkurangan.

“Ini berbeza dengan kaedah lama mereka yang gemar menceroboh jauh ke dalam perairan Malaysia untuk menjarah hasil laut negara. Dengan bantuan teknologi terkini Maritim Malaysia seperti C4iSR, pemantauan berterusan dapat dilaksanakan dan kehadiran yang kerap aset penguat kuasa Malaysia di kawasan ‘hotspot’ mendorong perubahan modus operandi ini."

"Statistik tangkapan juga menunjukkan penurunan ketara dimana bagi tahun 2024, hanya 36 tangkapan direkodkan bermula Januari hingga kini. Berdasarkan rekod, sejak Op Naga Barat diaktifkan pada 2019, 115 tangkapan dibuat melibatkan vesel nelayan asing, diikuti 72 tangkapan pada 2020, 100 tangkapan pada 2021, 45 tangkapan pada 2022 dan 63 tangkapan pada tahun lalu,”ujarnya.

Untuk rekod, nilai anggaran rampasan bagi Op Naga Barat berakhir 16 November 2024 ialah berjumlah RM541.5 juta membabitkan 486 vesel nelayan asing dan 105 vesel nelayan tempatan.

Meskipun monsun timur laut memberi kesan kepada keadaan laut yang mengakibatkan laut bergelora serta angin kencang, rondaan penguatkuasaan dan usaha mengekang pencerobohan nelayan asing di perairan negara tetap diteruskan. Fokus operasi turut diberikan terhadap usaha mendidik komuniti maritim terhadap kesedaran keselamatan diri sempena musim Monsun Timur Laut bagi mengelak dari berlaku sebarang musibah di laut.

 

KM RAWA TGN
 
KM RAWA TGN 3
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC