window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); SEBUAH KAPAL OFFSHORE SUPPLY DITAHAN KERANA GAGAL KEMUKAKAN PAS PELEPASAN PELABUHAN
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

SEBUAH KAPAL OFFSHORE SUPPLY DITAHAN KERANA GAGAL KEMUKAKAN PAS PELEPASAN PELABUHAN

MIRI, 14 OGOS – Zon Maritim Miri menahan sebuah kapal jenis Offshore Supply kerana gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan (Port Clearance) pada jarak satu batu nautika barat muara Sungai Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kapal peronda Maritim Malaysia telah menahan kapal tersebut ketika OP PERMAI dan OP TIRIS di sekitar perairan Miri.

Hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu dikendalikan kapten dan tujuh kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 23 hingga 52 tahun.

Kapal yang berdaftar di Jakarta, Indonesia itu ditahan sebelum dibawa ke tempat berlabuh, manakala kapten bersama kesemua kru dibawa ke jeti untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, kerana tiada pas pelepasan pelabuhan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50 ribu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan sesekali berkompromi ke atas pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri ditalian 085-418204/Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk tindakan segera.

 

MIRI XDE PAS 211

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC