KUALA LUMPUR, 6 MEI – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) dari 6 hingga 9 Mei ini bakal menjadi medan penting kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengintai teknologi terkini yang boleh digunakan dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.
Antara yang menarik perhatian ialah teknologi terkini perkapalan, sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan amunisi serta sistem teknologi marin terkini yang dipamerkan oleh syarikat-syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan dan keselamatan utama dunia seperti Turkiye, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan serta banyak lagi.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menjelaskan, keupayaan sistem dan senjata terkini menarik perhatian Maritim Malaysia seiring fokus yang terkandung di dalam Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2023 - 2033 dalam memperkukuhkan penguatkuasaan undang- undang dan pemantapan kawalan keselamatan sempadan maritim.
Melalui penaiktarafan sistem dan persenjataan, Maritim Malaysia yakin akan mampu membanteras lebih banyak aktiviti jenayah maritim dengan kepelbagaian Modus Operandi yang semakin kompleks di mana ia mampu memberikan risiko kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti maritim.
Pada masa yang sama, DSA dan NATSEC 2024 akan memberi peluang kepada para pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia untuk melihat lebih dekat produk yang dipamerkan serta meneliti kesesuaian dengan pengoperasian Agensi ini.
Selain itu, pameran kali ini turut menjadi platform pertemuan bilateral antara Maritim Malaysia dengan agensi penguat kuasa maritim luar negara bagi membincangkan tentang Maritime Domain Awareness khususnya melalui non traditional security threats serta ancaman-ancaman terbaharu dalam bentuk keselamatan siber.
Ini berikutan terdapat kumpulan jenayah terancang kini semakin berani mempromosikan aktiviti mereka di platform media sosial seperti menyediakan perkhidmatan membawa masuk dan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini. Ia juga turut melibatkan jenayah-jenayah kewangan yang dikhuatiri membiayai aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia seperti penyeludupan dan pemerdagangan orang.
Bukan itu sahaja, DSA dan NATSEC 2024 turut membuka ruang kepada para pegawai Maritim Malaysia untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat dengan rakan sejawat agensi penguat kuasa maritim luar negara sekali gus merapatkan hubungan strategik antara Agensi.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

