KUAH, 2 Disember – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin selamat tiba di Pulau Langkawi petang tadi bagi menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di sini esok.
Beliau yang tiba dengan menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW139 milik agensi ini telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat pukul 5.20 petang bersama beberapa orang pegawai Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Ketibaan Datuk Hamid telah disambut Pengarah Maritim Negeri Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa serta Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah Perlis, Kepten Mohammad Nasir bin Man di dewan ketibaan tetamu kehormat di sini.
Beliau memulakan aturcara yang telah disusun dengan menghadiri Majlis Makan Malam bersama pegawai dan anggota yang terlibat dalam Eksesais Mariitm Perkasa Barat 2023 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah Perlis pada malam ini.
Majlis yang diadakan serba ringkas ini bertujuan menghargai komitmen yang diberikan oleh peserta eksesais ini sehingga ia berjaya dilaksanakan sebagaimana dirancang.
Mengharungi Selat Melaka sejauh 630 batu nautika, pegawai dan anggota ini telah selamat tiba bersama 14 buah kapal milik agensi di jeti Maritim Negeri Kedah Perlis semalam setelah belayar selama empat hari dari Pelabuhan Klang.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

