BANGKOK, 24 November - Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita diteruskan melalui penyertaan pegawai wanitanya dalam satu lagi siri forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini.Forum yang menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi penguatkuasaan maritim di negara-negara ASEAN ini turut disertai oleh delegasi dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam termasuk Malaysia.Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, berbincang serta berkongsi amalan terbaik kepada agensi-agensi penguatkuasa maritim di rantau Asia Tenggara mengenai hak kesamarataan jantina seperti mana yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030), Matlamat 5 iaitu Hak Kesaksamaan Jantina (Gender Equality).Forum siri kesembilan ini memberi fokus kepada peranan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anggota wanita sebagai pemimpin dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki dalam bidang penguatkuasaan undang-undang negara terutamanya keselamatan maritim.Pelbagai pengisian menarik telah dibentangkan dan dibincangkan sepanjang forum ini berlangsung, Maritim Malaysia telah diwakili oleh dua pegawai kanan untuk membawa suara Agensi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly.Zulinda yang juga wanita pertama dilantik sebagai Laksamana Pertama Maritim turut berkongsi pengalaman beliau berkhidmat dalam Maritim Malaysia serta keupayaan wanita sebagai pemimpin dalam Agensi ini.Melalui penglibatan beliau dalam forum berkenaan, ia secara tidak langsung telah menunjukkan kredibiliti dan kepakaran pegawai Maritim Malaysia khususnya pegawai wanita dalam menguatkuasakan undang-undang maritim.Malah penyertaan beliau dalam forum berkenaan turut membuktikan pegawai Maritim Malaysia berdaya saing dan setaraf dengan penguat kuasa dari negara-negara ASEAN lain.Pembabitan dalam forum ini turut bertetapan dengan hasrat yang diterapkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin iaitu warga agensi ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seperti international relations bagi isu geopolitik, carilamat, penguatkuasaan dan pengurusan setanding pegawai-pegawai penguat kuasa di peringkat antarabangsa.Selain Maritim Malaysia, delegasi negara turut disertai oleh wakil dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

















.svg.png)

