KEMAMAN, 29 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang melupuskan tiga bot nelayan asing Vietnam yang ditahan dan dilucut hak atas kesalahan menceroboh perairan negara dengan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan Kemasik, Kemaman hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, proses melupuskan ketiga-tiga bot ini dengan menenggelamkan sebagai tukun tiruan merupakan julung kali dilaksanakan di perairan Kemasik oleh Maritim Negeri Pahang.
Terdahulu, tiga bot nelayan asing telah dilupuskan dengan ditenggelamkan secara tukun di perairan Pulau Susu Dara, Besut dan tiga bot lagi di perairan Teluk Tekek, Tioman.
Ketiga-tiga bot yang dilucut hak telah ditahan oleh Kapal Maritim (KM) LANGKAWI, KM PEKAN serta Bot KILAT 49 kerana menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di antara tahun 2020 dan 2021.
Proses penenggelaman bot sebagai tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) dan mendapati lokasi tersebut mempunyai kedalaman air 23 meter dan lebih kurang 11.5 batu nautika dari jeti Zon Maritim Kemaman.
Kawasan terbabit dijadikan habitat baharu serta tidak menjejaskan ekosistem marin dan sebagai peranti pemuliharaan biodiversiti marin serta memberikan manfaat kepada nelayan pesisir pantai. Ia juga akan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan kepada hidupan laut.
Sebagai makluman, tiga bot yang dilupuskan ini dianggarkan bernilai RM 4.2 juta di mana lokasi penenggelaman bot ini di pilih adalah kerana permintaan daripada komuniti maritim setempat iaitu nelayan di sekitar Kemasik. Melalui kerjasama ini diharapkan komuniti sentiasa menitikberatkan keselamatan di laut, peka terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sentiasa bersedia menghadapi musim tengkujuh dan angin Monsun Timur Laut.
Pelupusan ini juga dapat mengurangkan kesesakan bot-bot tahanan asing di jeti Pusat Tahanan Vesel.
Sehingga Ogos 2022, terdapat empat bot nelayan asing telah ditahan berada di bawah pengawasan Maritim Negeri Pahang yang telah lucut hak oleh mahkamah dan mendapat kelulusan Ibu Pejabat APMM untuk dilupuskan secara musnah pecah.
Empat bot lagi masih di dalam proses mahkamah, turut akan dilupuskan sekiranya mendapat perintah lucut hak oleh mahkamah.
Manakala dua bot lagi telah mendapat perintah lucut hak mahkamah dan sedang dalam proses penilaian untuk permohonan pelupusan.
Maritim Malaysia sentiasa berusaha memastikan perairan negara selamat kepada komuniti maritim dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

