SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA LANCARKAN OPERASI PADU
BERSAMA TLDM DAN PASUKAN POLIS MARIN
PUTRAJAYA, 3 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
hari ini melancarkan Operasi Bersepadu antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membanteras aktiviti rompakan di laut yang
dikenali sebagai “OPS PADU”.