SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN MENYELUDUP
Johor Bahru, 16 Okt - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Johor berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup rokok ke dalam negara melalui jalan laut. Cubaan menyeludup tersebut berjaya dipatahkan oleh sebuah bot peronda maritim sekitar 2.29 batu nautika utara Pulau Kukup pada jam lebih kurang 2.13 pagi semalam.