Kronologi
21 April 1999
Kajian untuk mewujudkan sebuah agensi penguatkuasaan di Malaysia dimulakan.
21 Ogos 2002
Kabinet meluluskan penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
16 April 2003
Tim Nukleus ditubuhkan sebagai perintis usaha merealisasikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Julai 2004
Akta APMM 2004 (Akta 633) diwartakan.
15 Februari 2005
Akta APMM 2004 (Akta 633) dikuatkuasakan. Tarikh ini juga diisytihar sebagai penubuhan rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan dijadikan sebagai Hari Ulang Tahun APMM.
10 Oktober 2005
Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan soft launching APMM bagi memperkenalkan agensi.
30 Oktober 2005
Agensi telah mula beroperasi di Zon Maritim Malaysia dengan penumpuan diberi kepada perairan Selat Melaka terlebih dahulu
21 Mac 2006
Majlis Pelancaran Rasmi APMM oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak.
6 Jun 2006
Tarikh berkuatkuasa bagi APMM mengambil alih tugas penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim dari Jabatan Laut Malaysia bagi mengendalikan operasi Mencari dan Menyelamat di kawasan tanggungjawab.