28
Thu, Mar

Program Kerjasama Antara Agensi Luar Negara

1.

SEA EXERCISE THAILAND-MALAYSIA (Seaex Thamal) – Eksesais dilaksanakan di antara APMM, TLDM dengan Tentera Laut Di Raja Thailand dan  Polis Marin Thailand dengan kekerapan latihan 2 kali setahun.  Eksesais memberi tumpuan  kepada kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand di sebelah Selat Melaka Utara dan di Laut China Selatan.  Tujuan utama eksesais adalah  membina hubungan yang baik dan perkongsian maklumat dalam menangani kes-kes rompakan di laut, masalah pendatang tanpa izin dan dadah .  Antara latihan yang dijalankan adalah  navigasi, ilmu kelautan, komunikasi, ship handling, menggeledah dan manuvra taktis oleh kapal-kapal yang terlibat.  Melibatkan aset dan anggota WILUTA di sebelah Selat Melaka dan WILTIM di sebelah Laut China Selatan.

2.

Operasi PATKOR OPTIMA – Operasi melibatkan agensi dan jabatan kerajaan dari Malaysia dan Indonesia.   Malaysia diwakili oleh APMM,  TLDM, TUDM, Pasukan Gerakan Marin (PGM), Unit Udara Polis, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi (KPDNKK) sementara di pihak Indonesia diwakili oleh TNI Angkatan Laut, Departemen Perhubungan, Departemen Keuangan, Departemen Kelautan, dan Departemen Perikanan.  Latihan dilaksanakan di persempanan perairan Malaysia dengan tujuan utama mengekal keamanan dan keselamatan kapal-kapal di Selat Melaka.  Aktiviti utama adalah melaksanakan pencegahan pelanunan, penyeludupan senjata api, dadah, barang-barang kawalan dan PATI.    Upacara pembukaan dan penutup eksesais digilirkan setiap tahun dimana sekiranya upacara pembukaan dilaksanakan di Medan, Indonesia, upacara penutup pula dilakukan di Pelabuhan Kelang. Penglibatan aset dan anggota dari WILUTA dan WILSEL.

3.

Operasi PHILIPPINE-MALAYSIA (PHIMAL) – Operasi dilaksanakan di Laut Sulu melibatkan agensi kerajaan Malaysia dan Filipina. Kawasan rondaan di sepanjang persempadanan dari Kudat ke Tawau.  Malaysia diwakili oleh APMM, TLDM, TUDM, PGM, UUP PDRM, JKDM, Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut sementara di pihak Filipina dari Tentera Laut Filipina, Tentera Udara Filipina, Pengawal Pantai Filipina (Phillipine Coast Guard) dan Polis Marin Filipina.  Operasi dilaksanakan untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.  Jenis-jenis jenayah di kawasan ini adalah penahanan tebusan, rompakan, penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan orang, PATI, kecurian khazanah laut, aktiviti pengeboman ikan oleh nelayan dan pencemaran alam sekitar.  Operasi ini dilaksanakan sekali setiap tahun.

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON