LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KEDAH, 7 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Australian Border Forces menutup Operasi REDBACK XIV, satu eksesais bersama yang dilakukan dua negara bagi memerangi jenayah maritim dengan jayanya, dalam satu majlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Langkawi, Kedah disini, hari ini.

Ketua Cawangan, Cawangan Penguatkuasaan Maritim dan Latihan Operasi Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, operasi REDBACK XIV ini memfokuskan dua isu utama yang menjadi keutamaan bagi Malaysia dan Australia iaitu isu penyeludupan manusia dan pemerdangangan manusia.

Sepanjang operasi ini dijalankan dari 28 Oktober sehingga 6 November, sebanyak 216 pemeriksaan telah dibuat di sepanjang perairan Kedah dan Perlis, dengan lima tangkapan berjaya dilakukan atas pelbagai kesalahan seperti kes penyalahgunaan dadah, tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan kesalahan bot melanggar syarat sah lesen.

Operasi yang dijalankan ini membuktikan kerjasama yang utuh antara dua agensi ini dalam berkongsi maklumat risikan dan kepakaran masing-masing mengenai keselamatan sempadan bagi mengukuhkan lagi keberkesanan dan keupayaan bagi menangani isu ini.

“Hubungan erat antara Maritim Malaysia dan ABF merupakan penyumbang utama kejayaan Operasi REDBACK ke-14 ini dalam memerangi ancaman keselamatan maritim bersama-sama.

Kedua-dua negara mempunyai sempadan maritim yang luas dan kami serius untuk bekerjasama demi menjaga rantau ini sekaligus komited untuk memerangi ancaman dalam kawasan perairan negara,” kata Nurul Hizam.

Sementara itu, Timbalan Komander Operasi Sempadan Berdaulat, Australian Border Forces, Tony Smith berkata, Operasi ini merupakan benteng penting bagi menghalang aktiviti jenayah, namun isu penyeludupan maritim masih lagi menjadi isu.

“Mangsa jenayah rentas sempadan ini bukan sahaja diperdaya oleh penjenayah malah hidup mereka juga terancam. Ancaman yang dihadapi sangat jelas dan kita perlu mainkan peranan yang penting bagi mematahkan sindiket dan menyelamatkan nyawa mereka di laut,” kata Komander Smith.

Pada Jun 2019, Australia Operation Sovereign Borders telah melancarkan kempen maklumat, Zero Chance of Illegal Migration, dengan memberi amaran kepada sesiapa yang cuba datang ke Australia secara haram dengan bot akan ditangkap dan dikembalikan.

"Kami mahu rakyat di rantau ini memahami kebenaran sehingga mereka tidak akan dieksploitasi oleh penyeludup. Dasar ini direka untuk menghentikan penyeludup manusia daripada menjual mereka yang tidak berdosa selain melindungi sempadan Australia dan paling pentingnya, mencegah kematian di laut," kata Komander Smith.

Nurul Hizam, berkata setakat tahun ini, Maritim Malaysia telah menangkap 768 kes melibatkan kegiatan penyeludupan manusia dan jenayah maritim, dengan 120 kes pendatang tanpa izin dengan 725 pendatang tanpa izin (PATI) dari beberapa negara jiran berjaya ditangkap. Kejayaan ini jelas menunjukkan kejayaan pelaksanaan Operasi Redback, "katanya.

Dalam majlis yang sama, Maritim Malaysia dan Australian border Forces juga turut menyampaikan jaket keselamatan kepada 40 komunti nelayan setempat sebagai salah satu usaha tips keselamatan di laut. 

 

WhatsApp Image 2019-11-08 at 11.42.19 AM

WhatsApp Image 2019-11-08 at 11.42.21 AM

WhatsApp Image 2019-11-08 at 11.42.20 AM 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia