LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa bot fiber yang dilaporkan karam di perairan Kudat-Berungus sekitar jam 1.30 tengah hari semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksmana Muda Kamaruszaman Abu Hasan, berkata, bot fiber terbabit yang dinaiki lima orang, dipercayai mengalami kebocoran dan dipukul ombak sedang dalam perjalanan dari Kudat menuju ke Kampung Malubang, Pitas.

“Pusat Operasi Menyelamat Maritim (MRSC) telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 2 petang, 6 Ogos lalu sebaik laporan diterima disahkan,” katanya.

Kamaruszaman memberitahu, operasi mencari dan menyelamat ini turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Enam buah bot juga telah diatur gerak bagi membantu pencarian, selain komuniti maritim di kawasan berdekatan juga turut membantu dalam usaha pencarian mangsa yang hilang.

“Setakat ini, empat mangsa berjaya ditemukan, dua dalam keadaan, manakala dua lagi mangsa ditemui telah meninggal dunia,” jelas beliau.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan hari ini bagi mencari seorang lagi mangsa yang hilang.

SAR PITAS

SAR PITAS 2

SAR PITAS  3

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sabah