LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 28 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kedah menahan sebuah bot nelayan kelas C awal pagi tadi kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai. 
 
Ketua Zon Maritim Kuala Kedah Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, seorang tekong bersama empat awak-awak warga Thailand ditahan kira-kira 7 batu nautika barat laut Tanjung Dawai oleh bot peronda Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah. 
 
Beliau berkata, bot terbabit yang membawa 5000 Kilogram ikan baja ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.
 
"Bot terbabit ditahan jam 3 pagi tadi di luar zon penangkapan ikan yang ditetapkan, sedangkan mereka hanya dibenarkan menangkap ikan pada jarak kira-kira 15 batu nautika dari pantai seperti yang tertera di dalam lesen bot berkenaan.
 
"Kita turut mengambil keterangan tekong dan awak-awak berusia 21 hingga 57 tahun itu bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
 
Ahmad Kamal turut menasihati semua pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.
 
IMG 4012 IMG 4015

Sumber : Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah