LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 20 MacSeorang wanita warganegara Indonesia bersama seorang tekong rakyat tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sembilan/Melaka ketika cuba menyeludup keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak sah pada jam lebih kurang 10.10 malam Isnin lalu.

     Hasil dari bantuan dan maklumat pengenan SWASLA Lumut, Bot APMM Petir 91 telah bergegas menuju ke lokasi dan berjaya menahan vesel tersebut di posisi lebih kurang 2.5 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Tuan. Pemeriksaan awal ke atas bot gentian kaca tersebut menggunakan enjin sangkut jenis Suzuki 40 kuasa kuda bernombor pendaftaran MKS 1964. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang tekong penduduk tempatan bersama seorang wanita warganegara Indonesia berada dalam bot tersebut. Kedua-dua mereka seterusnya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki cuba menyeludup keluar migran dari Malaysia melalui jalan yang tidak sah.

     ”Anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia yang ketika itu sedang melaksanakan rutin operasi harian berjaya menjejaki dan menahan bot gentian kaca tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan cuba menuju keluar dari perairan sempadan Malaysia melalui jalan tidak sah.” kata Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka. Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan sebagai usaha mengurangi jenayah di Zon Maritim Malaysia. APMM juga turut berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga supaya kegiatan ini dapat dibenteras. Sebarang maklumat mengenai jenayah dan kecemasan di laut boleh menghubungi talian Hotline APMM Negeri Sembilan/Melaka di talian 06-3876730 yang beroperasi secara 24 jam.

gambar 4 gambar

Sumber:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi