26
Fri, Apr

CUBAAN SELUDUP MASUK DAUN GANJA SEGAR GAGAL

LANGKAWI, 20 Februari  – Maritim Negeri Kedah dan Perlis berjaya merampas daun ganja segar yang cuba diseludup masuk dari negara jiran pada kedudukan 2.7 batu nautika utara Pulau Langgun sekitar jam 10.00 malam, semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan kali ini dibuat ketika bot Maritim Malaysia melakukan rondaan dan telah mengesan sebuah bot fiber sedang bergerak laju dalam keadaan gelap.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek bertindak membuang sebuah tong berwarna kuning ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand bagi melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas tong berwarna kuning yang dibuang telah menemukan daun ganja segar dengan anggaran berat dua kilogram bernilai lebih RM6,000 dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran ke Malaysia untuk diproses dan dijual kepada rakyat tempatan.

Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan turut diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan dadah dan daun ketum.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk maklum balas segera.

 

SELUDUP GANJA SEGAR   SELUDUP GANJA SEGAR 4   SELUDUP GANJA SEGAR 3   SELUDUP GANJA SEGAR 2

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON