08
Wed, May

OPV 1 TAHAN DUA BOT NELAYAN ASING VIETNAM

KUCHING, 4 Februari – Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV1) Maritim Malaysia menahan Bot Nelayan Asing Vietnam (BNAV) di kedudukan 210 batu nautika Barat Laut Mukah hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Zin Azman Md Yunus berkata, tangkapan sulung ini dibuat OPV 1 di antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi ketika kedua-dua BNAV itu sedang leka melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan negara.

Hasil kejayaan tangkapan ini dianggarkan bernilai lebih tiga juta ringgit telah berjaya diselamatkan dari dicuri oleh nelayan asing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman turut memaklumkan, kedua-dua BNAV itu dibawa ke jeti Maritim Negeri Sarawak sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Berikutan kejayaan ini, beliau turut memaklumkan Maritim Negeri Sarawak akan meningkatkan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim di kawasan perairan Sarawak.

Sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah yang berlaku di perairan negara, orang ramai boleh menyalurkannya ke

Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 04 at 6.13.17 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON