08
Wed, May

LAPAN KRU BOT NELAYAN DITAHAN POSITIF DADAH

MERSING, 29 Januari – Lapan kru bot nelayan tempatan berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun telah ditahan positif dadah oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing ketika Operasi Bersepadu Maritim Malaysia bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Mersing dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mersing di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Sungai Endau, Johor malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, suspek ditahan selepas menjalani ujian urin dan keputusan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Jelas beliau, lapan individu terbabit adalah antara kru tiga buah bot nelayan tempatan yang terdiri 12 warganegara Indonesia dan tiga warganegara Malaysia.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kru bot turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

Kesemua mereka dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Perikanan 1985.

Suhaizan turut menegaskan, operasi bersepadu seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat terutama komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.

 

DADAH MERSING

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON