26
Fri, Apr

PERBARISAN KOMANDER PASUKAN TINDAKAN KHAS DAN PENYELAMAT MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 24 Januari – Pasukan Tindakan Khas (PTK) dan Penyelamat Maritim Malaysia telah mengadakan perbarisan bagi mendengar amanat Komander PTK di Pejabat Skuadron Gempur Semenanjung Pelabuhan Klang, Selangor pada Selasa, 23 Januari 2024.

Antara inti pati amanat Komander PTK dan Penyelamat Maritim Malaysia, Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor berkata, setiap anggota PTK dan Penyelamat Maritim Malaysia perlu bersiap siaga setiap masa bagi menghadapi apa jua keadaan ketika aman ataupun sebaliknya.

Beliau menambah, tiga teras utama yang digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin iaitu Integriti, Operasi dan Ilmu wajar dijadikan tunjang utama dalam amalan dan perkhidmatan.

Skuadron Gempur Semenanjung adalah salah satu entiti daripada Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia yang ditempatkan di Pelabuhan Klang, Selangor selain beberapa skuadron dan unit yang lain iaitu Markas Pasukan Tindakan Khas Putrajaya, Skuadron Gempur Sabah & Sarawak, Pusat Selam Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Gebeng Pahang dan Unit Selam Maritim Negeri Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

 

PTK 6   PTK 3   PTK 4   PTK 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON