26
Fri, Apr

TINGKATKAN KESEDARAN ANCAMAN DI LAUT SEWAKTU MUSIM CUTI SEKOLAH

PULAU PINANG, 26 Disember – Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan 'Preventive Search and Rescue' (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia pada setiap masa yang terdiri daripada pasukan bertugas harian diatur gerak untuk melakukan rondaan secara rutin di pesisir pantai.

Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut.

Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa.

Inisiatif yang dimulakan pada 22 Disember sehingga hari ini itu bertujuan bagi membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta merta jika berlakunya situasi berbahaya bagi mengurangkan kes kehilangan nyawa dan kerugian harta benda di laut.

Sehubungan itu, komuniti nelayan dinasihatkan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan iklim yang tidak dijangka.

Penyebaran maklumat palsu mengenai kejadian ribut petir mahupun panggilan kecemasan di laut yang tidak sahih adalah dilarang sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

Sebarang maklumat serta pelanggaran undang-undang dan CARILAMAT boleh disalurkan menerusi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2637481 untuk maklum balas segera.

 

SEDAR SAR

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON