26
Fri, Apr

ENAM LELAKI PEKERJA SANGKAR IKAN WARGA MYANMAR DITAHAN

PULAU PINANG, 23 Disember – Seramai enam orang pekerja sangkar warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah sangkar ikan di sekitar 5.1 batu nautika barat laut muara Sungai Udang petang semalam.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, pada jam lebih kurang 12.40 petang semalam, sepasukan penguatkuasa Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan dengan menggunakan bot ronda ke atas sebuah sangkar ikan di kawasan Sungai Udang.

Tambah beliau, ketika pemeriksaan dijalankan, seramai enam orang pekerja sangkar warga Myanmar berumur antara 18 hingga 45 tahun gagal mengemukakan atau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa suatu pas yang sah.

Kesemua pekerja berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua pengusaha ikan dalam sangkar dan komuniti nelayan agar mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

 

SANGKAR PENANG 2   SANGKAR PENANG
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON