08
Wed, May

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK DAUN GANJA SEGAR

LANGKAWI, 16 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya merampas lebih kurang tiga kilogram daun ganja segar dengan anggaran nilai RM 9 ribu yang cuba diseludup masuk dari negara jiran pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung sekitar jam 10.00 malam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan kali ini dibuat berikutan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Langkawi telah mengesan sebuah bot fiber sedang bergerak masuk ke perairan Langkawi dari sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Bertindak atas maklumat, Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah mengatur gerak bot peronda yang sedang melakukan operasi dalam OP AMAN dan OP TIRIS 2.0 ke lokasi berkenaan bagi memintas dan menyerbu bot terbabit.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek yang disyaki membawa daun ganja tersebut, bertindak membuang tiga bungkusan plastik ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand bagi meloloskan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan plastik yang dibuang telah menemukan daun ganja segar dengan anggaran berat lebih kurang tiga kilogram bernilai RM 9 ribu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran ke Malaysia untuk diproses dan dijual kepada pengguna tempatan.

Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750.

 

WhatsApp Image 2023 11 16 at 10.15.39 AM 1   WhatsApp Image 2023 11 16 at 10.15.38 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON