26
Fri, Apr

PASKAM BERI PENDEDAHAN ILMU MARITIM KEPADA MAHASISWA UMT

KUALA TERENGGANU, 14 September – Hampir setahun kursus badan beruniform Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) ditawarkan kepada mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sepanjang tempoh tersebut kursus ini dilihat memberi impak yang positif kepada para mahasiswa yang menyertainya.

Penyelaras PASKAM Negeri Terengganu, Leftenan Maritim Abdul Basir bin Aziz berkata, kewujudan PASKAM di Universiti Awam (UA) bertujuan memberi pendedahan kepada para mahasiswa mengenai tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara.

Beliau turut berkata, mahasiswa yang menyertai PASKAM akan dibentuk menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sekaligus bersedia menjadi pemimpin pada masa hadapan yang mempunyai jati diri yang utuh serta cintakan negara.

Terkini Maritim Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UMT telah melaksanakan pelbagai latihan dan program berdasarkan silibus PASKAM di universiti itu.

Antara latihan yang dilaksanakan ialah mempelajari kemahiran menembak senjata api kecil, navigasi di laut, berenang, cara pengendalian kapal dan bot serta banyak lagi.

Sementara itu pembantu penyelaras PASKAM Leftenan Madya Maritim Mohd Iqbal Manaf bin Isha berkata, pelaksanaan PASKAM memberi impak positif kepada Agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi berkaitan peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

 

PASKAM 2
 
PASKAM 3
 
PASKAM 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON