26
Fri, Apr

BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI MARITIM MALAYSIA MENGHADIRI MAJLIS AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2023 BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim yang menanggung tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang tadi.

Kehadiran Datuk Saiful Lizan turut diiringi barisan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia serta 80 pegawai dan anggota Maritim Malaysia bagi memeriahkan lagi majlis itu yang diadakan secara hibrid dan fizikal.

Kesemua hadirin yang memenuhi dewan begitu tekun mendengar amanat yang disampaikan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang antara intipatinya menyeru rakyat Malaysia mengutamakan kepentingan negara, menghargai khazanah, kekuatan dan usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat dan memartabat bangsa.

Hadir sama ke majlis itu ialah barisan Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian termasuk KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi dan Timbalan-timbalannya.

Difahamkan sekitar 6,000 penjawat awam, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan badan beruniform yang lain turut sama-sama memenuhi Dewan Plenari PICC. Majlis tamat pada jam 3 petang.

 

TKPL PMX
 
TKPL PMX 3
 
TKPL PMX 5
 
TKPL PMX 8
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON