27
Sat, Apr

GAGAL MENGUMAKAN PERMIT KERJA YANG SAH, WARGANEGARA VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KEMAMAN

KEMAMAN, 23 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman telah menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama seorang tekong serta dua orang awak-awak kesemuanya warganegara Vietnam berusia antara 30 hingga 57 tahun di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Kuala Kemaman pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata,, bot terbabit ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin Op Iman di sekitar perairan Terengganu dan telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati, dua orang awak-awak bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah dan disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Bot, tekong serta dua awak-awak ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat serta memperkasakan penguatkuasaan bagi menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut.

 

NELAYAN VIETNAM 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON