27
Sat, Apr

ZON MARITIM KUALA PERLIS ANJUR KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN

KUALA PERLIS, 20 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan 2023 selama 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 Ogos yang lalu bertempat di Sedim Riverside Resort, Kulim, Kedah.

Seramai 35 orang peserta menyertai kursus ini terdiri daripada gabungan pegawai, pegawai lain-lain pangkat dan awam. Antara objektif kursus ini ialah mempertingkatkan persefahaman dan sikap saling menghormati setia-kawan, memahamai peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan organisasi, memahami kepentingan komunikasi berkesan, mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian masalah secara kreatif untuk mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan dengan berkesan, dan memperkukuhkan budaya kerja berpasukan.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Combat Archery, Flying Fox, Water Rafting, Trekking to Waterfall, Tuju Tin, Tarantula dan Lari Terompah Berpasukan. Semua peserta telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam mejayakan
aktiviti tersebut.

Di akhir kursus, peserta-peserta menerima cenderahati dan hamper diatas kemenangan kerja berpasukan yang mereka lakukan. Semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi menjalinkan hubungan silaturahim antara anggota dan pegawai dalam sebuah agensi.

 

 WhatsApp Image 2023 08 20 at 1.39.54 PM   WhatsApp Image 2023 08 20 at 1.39.56 PM   
       
 WhatsApp Image 2023 08 20 at 1.39.56 PM 1    WhatsApp Image 2023 08 20 at 1.39.55 PM 2  
       
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON