26
Fri, Apr

BOT NELAYAN LANGGAR SYARAT SAH LESEN DAN MEMBAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT YANG SAH

SANDAKAN, 18 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan telah menahan sebuah bot nelayan yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melaksanakan rondaan Op Pluto Timur disekitar perairan Sandakan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, bot yang didaftarkan untuk lesen perikanan dikendalikan seorang lelaki warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berumur 49 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemui minyak diesel anggaran 1500 liter yang disimpan dalam petak ikan yang telah diubahsuai dihadapan dan belakang bot tanpa permit yang sah.

Kesemua barang kawalan beserta bot dan tekong ditahan untuk siasatan lanjut.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan dan bot sekitar RM43 ribu.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Negeri Sabah.

 

SANDAKAN DIESEL

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON