27
Sat, Apr

SAHABAT MARITIM | ‘SEMBANG SANTAI’ DEKATI KOMUNITI NELAYAN

LUMUT, 17 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak mengadakan satu program kemasyarakatan sempena Program Sahabat Maritim 2023 ‘Sembang Santai Bersama Komuniti Maritim’ bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, Perak pada jam 11.30 pagi pada selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, program ini diadakan secara berkala bermula Julai sehingga Disember bertempat di sekitar perairan negeri Perak.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mendekati komuniti maritim di samping mewujudkan hubungan baik serta mampromosikan fungsi dan peranan Maritim Malaysia.

Program tersebut telah dihadiri oleh 40 nelayan yang terdiri daripada pemilik bot fiber serta pengusaha bot pemancing rekreasi.

Program dimulakan dengan sesi dialog membincangkan isu-isu setempat dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.

Wakil Maritim Negeri Perak turut menyampaikan taklimat ringkas kesedaran keselamatan di laut serta mengedar pelekat nombor talian kecemasan Maritim Malaysia kepada komuniti maritim bagi memudahkan mereka menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut.

Untuk rekod, terdahulu program yang sama telah diadakan di Jeti Nelayan Simpang Empat Rungkup, Bagan Datuk, Perak pada Julai lalu.

Komuniti maritim merupakan mata dan telinga kepada Maritim Malaysia oleh itu mereka disarankan agar terus berkongsi maklumat jika terlihat sebarang perlanggaran undang-undang di kawasan tertentu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera.

 

Sahabat Maritim
 
Sahabat Maritim 2
 
Sahabat Maritim 4
 
Sahabat Maritim 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON