26
Fri, Apr

LASKAR KANAN MARITIM MOHD KHAIRUDIN BIN HALID JUARA MENEMBAK KATEGORI 15 METER ‘SIDEARMS’ INDIVIDU

GEORGE TOWN, 8 Ogos – Pegawai Lain-Lain Pangkat Maritim Negeri Pulau Pinang, Laskar Kanan Maritim Mohd Khairudin bin Halid menjadi johan bagi kategori 15 meter Side Arms Individu dan tempat ketiga bagi acara Falling Plate Individu dalam Kejohanan Menembak Piala Dato’ Sri Sr. Hj Rozali bin Hj Mahmud yang diadakan pada 3 hingga 5 Ogos lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom berkata, kejohanan menembak ini merupakan anjuran Kelab Menembak Kedah Selatan yang melibatkan penyertaan terbuka seramai 127 peserta dari kelab-kelab menembak berdaftar dalam negara serta agensi keselamatan lain, antaranya Polis Diraja Malaysia,Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Penganjuran kejohanan ini wajar diadakan kerana mampu meningkatkan tahap kompetensi dan kemahiran peserta secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara anggota agensi keselamatan yang terlibat.

Pengurusan tertinggi Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Laskar Kanan Maritim Mohd Khairudin kerana mengharumkan nama agensi.

 

MENEMBAK 2
 
MENEMBAK 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON