26
Fri, Apr

WARGA ASING BERSAMA BOT FIBER DITAHAN MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BUBU NAGA

PELABUHAN KLANG, 9 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot fiber di perairan Bagan Tengkorak, Tanjung Karang tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasam berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan kira-kira 3 batu nautika barat daya Bagan Tengkorak berpandukan hasil risikan yang dibuat.

Ketika ditahan, dua nelayan warga Indonesia yang berumur 44 dan 29 tahun sedang menaikkan bubu naga ke atas bot berkenaan. Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat lima set bubu naga kesemuanya dengan anggaran nilai keseluruan RM 250 atau RM 50 setiap satu set.

Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen mendapati, salah seorang daripada nelayan warga Indonesia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan diri yang sudah tamat tempoh.

Bot bersama kedua-dua nelayan warga Indonesia itu ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang Persekutuan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 03 09 at 11.12.13

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON