26
Fri, Apr

MEDEVAC : SATU MAYAT KRU KAPAL KARGO DIPINDAHKAN KE DARAT

LUMUT, 17 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) satu mayat lelaki yang merupakan salah seorang kru kapal kargo pada kedudukan 0.9 batu nautika selatan Pulau Pangkor pada sekitar jam 9.00 malam.
 
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, kapal kargo yang berpusat di Panama itu dilaporkan dalam perjalanan menuju Phuket, di mana terdapat seorang kru lelaki mengalami kecederaan serius di kepala.
 
Menurut laporan awal yang diterima daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) pada jam 4.55 petang semalam, lokasi Kapal MV ONE DESTINY itu berada pada kedudukan 30 batu nautika selatan Pulau Pangkor.
 
Sejurus menerima laporan, aset Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi bagi pemindahan mangsa ke darat. 
 
Mangsa Biriulin Mikhail, 52, warga Rusia mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai telah meninggal dunia di atas kapal ketika berada di perairan Malaysia.
 
 
Mayat mangsa selamat didaratkan di Jeti Perikanan kampung Acheh, Perak pada jam 10.00 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung Perak sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat dan insiden kecemasan di laut ke MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00    WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 1   WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 2    WhatsApp Image 2022 12 17 at 08.30.00 3 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON