22
Mon, Jun

NGPC KM LAHAD DATU BERLAYAR KE MARITIM NEGERI SABAH DAN WP LABUAN

PELABUHAN KLANG , 2 November – Seramai 24 kru pegawai dan anggota Kapal Maritim (KM) LAHAD DATU telah memulakan pelayaran dari Klang ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 November lalu setelah selesai menjalani proses penyesuaian kapal selama sebulan di Perairan Selat Melaka.

KM LAHAD DATU  merupakan NGPC yang ke- 6 iaitu kapal terakhir yang diterima oleh Maritim Malaysia pada 30 September 2021 lalu dengan ukuran panjang 45 meter dan lebar 7.7 meter, ia mampu berlayar dengan kelajuan 24 knot. NGPC ini juga boleh beroperasi selama 10 hari di laut tanpa ulang bekal bagi tugas penguatkuasaan dan carilamat maritim.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Meriam 30mm Aselsan, Rigid Inflatable Boat (RIB) sepanjang 7 Meter, Long Range Surveillance Camera (kamera pemantau yang mampu mengambil gambar siang dan malam) dan NGPC ini juga memiliki kelengkapan dalam menggendalikan tumpahan minyak secara komprehensif.

Dengan adanya pertambahan kapal ini, ianya akan membantu memantapkan lagi operasi penguatkuasaan serta carilamat maritim di Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. KM LAHAD DATU dijangka tiba di home port Zon Maritim Labuan pada 7 November ini.

Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia turut mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh kru KM LAHAD DATU dan mendoakan agar mereka berlayar serta tiba di destinasi dengan selamat.

 

 WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.50 AM 1   WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.51 AM 2         
             
 WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.51 AM 1            
             
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON