19
Fri, Apr

Misi Perkhidmatan Pelanggan

PANTAS, TEGAS, ADIL

PANTAS

Umumnya, setiap sistem yang ada dalam APMM dirancangkan supaya dapat melaksanakan segala tugas dengan cepat kerana sebarang tindakan yang lambat boleh menjejaskan pelaksanaan undang-undang negara dan berkemungkinan boleh meletakkan nyawa dan harta benda pelanggan dalam bahaya. Aset- aset yang diperolehi juga mendokong prinsip pantas ini. Cekap dan tangkas dalam bertindak atau memberi respons sebaik sahaja menerima aduan atau permohonan bantuan dapat memastikan penguatkuasaan yang berkesan serta mampu mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut. Kepantasan yang ditonjolkan setiap kali berurusan dengan para pelanggan merangkumi kepantasan berfikir dan bertindak mengikut lunas-lunas peraturan, pekeliling dan peruntukan undang-undang sedia ada. Kepantasan bertindak anggota-anggota APMM menunjukkan kepentingan pelanggan menjadi keutamaan APMM.

TEGAS

Ketegasan merupakan sikap yang tidak berkompromi dengan perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Sikap ini penting untuk memberi mesej kepada para pelanggan bahawa anggota penguatkuasa APMM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, komitmen, jujur, disiplin, berintegriti, profesional dan amanah demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan perairan negara daripada sebarang elemen-elemen negatif yang akhirnya boleh merosakkan/menjejaskan kepentingan pelanggan.

ADIL

Setiap pelanggan akan dilayan secara sama rata mengikut prinsip “satu undang-undang untuk semua” bagi mengelakkan perlanggaran peraturan dan undang-undang negara tanpa mengira kedudukan, pangkat dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga untuk menentukan pelanggan sentiasa mendapat layanan yang adil, saksama dan dihormati supaya kepentingan pelanggan secara keseluruhannya terus terjamin.

 

Fungsi

1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia. 
2.  Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas. 
3.  Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia. 
4.  Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621). 
5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.
6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.
7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.
8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.
11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang.

Visi & Misi

VISI

“Menjadi antara agensi penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia”


MISI

“Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara”

 

Objektif

1.Menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna.

2.Mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian yang ditetapkan.

3.Mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan.

4.Mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

 

Latar Belakang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia pada April 1999. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu banyak agensi yang terlibat. Hal ini mengakibatkan pertindihan dari segi fungsi dan bidang tanggungjawab serta penggunaan sumber tidak ekonomik.

APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Tim Nukleus yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang perlu bagi mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Memperkenalkan APMM pada 10 Oktober 2005. APMM telah memulakan operasi pada 30 November 2005. Majlis Pelancaran Rasmi APMM telah diadakan pada 21 Mac 2006 yang juga disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

 

More Articles ...

Subcategories

Page 2 of 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON