WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI , 10 Disember – Kapal Maritim (KM) Siamil dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi telah selamat ditenggelamkan di Pusat Taman Laut  Pulau Payar, Kedah pada 7 Disember lalu untuk dijadikan sebagai Peranti Pemuliharaan Biodiversiti  di perairan tersebut.
 
KM Siamil dari Daerah Maritim 1 Langkawi merupakan hadiah untuk dilupuskan sebagai tukun tiruan oleh  APMM dengan sumbangan peruntukan dan kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ( MOTAC ). Peranti Pemuliharaan marin ini akan dijadikan tarikan baharu kepada penggemar aktiviti selam scuba disamping menjadi habitat bagi spesis  hidupan marin .
 
Untuk rekod KM Siamil adalah dari kelas Sipadan dan dahulunya dikenali sebagai KD Tombak yang berusia 46 tahun ini telah dibina oleh Vosper Engineering, United Kingdom pada tahun 1966 dan telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2005. KM Siamil telah diserahkan kepada Jabatan Taman Laut secara rasminya pada 19 Ogos 2014 lalu di Pejabat Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu  bersama empat ( 4 ) lagi kapal maritim yang lain iaitu KM Sempadi, KM Bidong, KM Jarak dan juga KM Ligitan. Sepanjang tempoh tujuh ( 7 ) tahun beroperasi , KM Siamil telah banyak berjasa dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan disamping melaksanakan undang-undang di perairan langkawi , kedah.
 
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dan Komander Maritim Asmawati , Penolong Pengarah Unit Pengurusan Aset.
 
IMG 7627 IMG 7712

Sumber : Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM 1 )