WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 19 April – Maritim Malaysia, DM5 Kuala Linggi telah melaksanakan sesi perkongsian ilmu dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Melaka bertempat di ruang legar Blok B DM5 pada jam 10 pagi tadi.

         Sesi perkongsian ilmu pada kali ini membawakan taklimat bertajuk Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Melaka iaitu Komisioner Penjara Abdul Aziz bin Mohamad. Antara intipati yang disampaikan oleh beliau adalah pengenalan dan bagaimana PKW dilaksanakan. Perintah Kehadiran wajib atau lebih dikenali sebagai PKW merupakan hukuman alternatif oleh mahkamah yang mengeluarkan perintah bagi menggantikan hukuman penjara kepada pesalah yang menerima tempoh hukuman kurang daripada tiga bulan. Abdul Aziz berkata, pesalah dibawah PKW dikehendaki melakukan kerja-kerja komuniti selama 240 jam ( atau 3 bulan) dan dikenakan bagi pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil sebagai pengajaran kepada pesalah agar tidak mengulangi kesilapan lampau. Tambah beliau, Menerusi hukuman tersebut, pesalah dikehendaki melapor kehadiran di pusat parol berdekatan sebelum menjalani hukuman. Antara kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan adalah seperti membersihkan kawasan awam, masjid dan rumah orang-orang tua dalam tempoh 240 jam seperti yang diperuntukkan oleh mahkamah.

        Majlis tersebut berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim DM5 Kuala Linggi kepada Komisioner Penjara Abdul Azizi bin Mohamad, Pengarah Penjara Malaysia Negeri Melaka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas ilmu yang sangat penting telah disampaikan kepada warga DM5.

          Daerah Maritim 5 Kuala Linggi menjadikan sesi perkongsian ilmu sebagai rutin mingguan yang diadakan setiap khamis. Pelbagai isu dan tajuk yang dikupas oleh setiap seksyen untuk dibentangkan sebagai pencerahan dan medium kepada semua warga DM5 dalam usaha memantapkan serta menambahkan ilmu pengetahuan.

 

 

penjara 3 penjara 4
penjara 2 penjara

 

 

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi