WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 31 Mac - Wilayah Maritim Timur (WILTIM) telah menerima sebuah kapal Maritim iaitu KM PEKAN di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan disini hari ini.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Mamu bin Said Alee bersama Pengarah Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Khoo Teng Chuan telah meraikan kru kapal sebagai bermulanya KM PEKAN beroperasi di Wilayah Maritim Timur. Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan dan Operasi WILTIM, Pegawai-Pegawai Kanan Maritim Malaysia dan Pegawai Memerintah Kapal TLDM.

Dalam masa yang sama  Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan, selaku Pegawai Memerintah KM Pekan juga telah memberikan penerangan tentang fungsi dan pengoperasian mengenai kapal tersebut kepada tetamu yang hadir.
a b

Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM