08
Wed, May

20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 6 MEI - Sebanyak 20 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) dirampas Maritim Negeri Perak pada kedudukan sekitar 2.1 batu nautika dari barat Pantai Remis, Perak pada sekitar jam 12.45 tengah hari semalam.

Pengarah Maritimnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit.

Bendera serta pelampung yang mencurigakan itu kemudian dirapati oleh pasukan bot ronda untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu berkenaan merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM2 ribu itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sekiranya didapati bersalah, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika sabit kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 06 at 6.27.45 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 06 at 6.27.46 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON