27
Sat, Apr

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING

PELABUHAN KLANG, 11 Mac – Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di sekitar perairan Pulau Ketam pada jam 7.00 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan Maritim Malaysia dalam OP EHSAN dan OP TIRIS 3.0 ketika sedang melakukan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda di 17.5 batu nautika barat laut Pulau Ketam.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur di antara 26 hingga 39 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua warga asing dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing di atas vessel menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia termasuk kesalahan mengajikan kru warga asing tanpa permit sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Negeri Selangor sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang perairan negeri itu bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 03 11 at 2.11.00 PM
 
 WhatsApp Image 2024 03 11 at 2.11.00 PM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON