LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 1 Julai – YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Hj Ahmad Puzi bin Hj AB Kahar, Ketua Pengarah APMM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Mustaghfirin, AMSAS petang semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan APMM, YBhg. Laksamana Pertama Maritim Dato’ Hj Mamu bin Said Alee, Pengarah Maritim Wilayah Timur dan Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS.

Masjid ini mula dibina pada 28 Januari 2009 setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Negeri Pahang Darul Makmur dan siap sepenuhnya  pada 1 April 2011.  Masjid ini boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu-satu masa dan telah diberi nama Al-Mustaghfirin yang membawa makna tempat memohon keampunan, bersesuaian dengan masjid sebagai tempat beribadah dan tempat memohon keampunan kepada Allah yang Maha Esa.

 

Solat Jumaat pertama telah dilaksanakan pada 10 Februari 2012 setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

 

Sehingga kini, prasarana dan infrastruktur masjid ini telah ditambah baik dari masa ke semasa bagi kemudahan dan keselesaan jemaah untuk beribadah.

 

Turut berlangsung pada hari yang sama adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa warga AMSAS bersama Dato’ Ketua Pengarah meraikan anak-anak yatim dari sekolah-sekolah angkat AMSAS. Di samping itu juga, sumbangan hari raya turut disampaikan kepada balu dan anak-anak Allahyarham PW II (M) Nashrol bin Mat Salim yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai jurulatih AMSAS.

Masjid 1 Masjid 2 Masjid 3 Masjid 4 Masjid 5 Masjid 6 

 Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS