LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuching, 29 Jun – Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Sarawak, Laksmana Pertama Maritim Haji Ismaili bin Bujang Pit telah menyempurnakan Majlis Khatam Al- Quran bagi menutup program Tadarus Al- Quran anjuran Masjid Darul Naim di  Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas petang tadi.
 
Beliau yang juga Pengerusi Masjid Darul Naim telah menyampaikan cenderahati kepada 20 orang peserta kanak- kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun serta 15 orang peserta dewasa dari kalangan pegawai dan keluarga Maritim Malaysia WILSAR yang telah berjaya mengkhatam Al- Quran dalam program tadarus tersebut.
 
Program ini akan terus dilaksanakan pada setiap Ramadhan seperti tahun- tahun sebelumnya dan diharapkan dengan majlis seperti ini akan membakar lagi semangat di kalangan pegawai dan juga ahli keluarga Maritim Malaysia WILSAR untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dengan aktiviti bertadarus terutama pada bulan Ramadhan yang berkat ini”,ujar beliau.
 
Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada 14 orang pegawai dan anggota yang telah secara sukarela menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti di masjid sepanjang Bulan Ramadhan ini dan beliau turut bersama pegawai dan ahli keluarga Maritim Malaysia WILSAR semasa berbuka puasa dan Solat Terawih di Masjis Darul Naim.
 
IMG 8979 - Copy IMG 9006 - Copy
 
BM (M) Mohd Azman Bin Ahmad
Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Kuching (DM11)