KOTA KINABALU , 30 JUN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Kota kinabalu (DM15) telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama anggota dan kakitangan Maritim Malaysia di sini,semalam.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohammad Sobian Bin Khailudin dari Pejabat Maritim Wilayah Sabah dan Labuan.
Keceriaan majlis turut bertambah apabila diumumkan pemenang bagi petandingan menghias pejabat bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang dimenangi oleh Seksyen Pengurusan.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan,Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Bin Mat Som dan isteri, serta Timbalan Operasi Wilayah Sabah dan Labuan Komander Maritim Hamizan Bin Harun.
Sumber/Foto:
Staf Perhubungan Awam DM15