LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PASIR PUTEH, 27 Jun - Seramai 50 orang pegawai dan anggota telah menghadiri Perhimpunan Bulanan APMM Daerah Maritim 10 Kelantan yang telah diadakan di Dewan Datuk Amdan Kurish hari ini.

Program dimulakan dengan ucapan amanat oleh Pengarah Maritim Daerah Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria dan ucapan sempena hari raya. Beliau berkata "seluruh warga APMM di sini haruslah menitikberatkan aspek disiplin dan kesegakan rupacara berpakaian bagi yang bertugas didarat mahupun dilaut."

Beliau juga turut menasihatkan kepada seluruh warga APMM disini agar memandu dengan cermat dan berhati-hati semasa pulang bercuti sempena hari raya. Tidak lupa juga bagi anggota yang terpaksa bertugas demi menjaga keselamatan perrairan di negeri ini khususnya, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan mereka yang sanggup berjauhan dengan keluarga tersayang pada hari perayaan yang akan menjelang tiba.

Agihan sumbangan kuih raya pada kali ini disampaikan kepada seluruh warga kapal, bot dan yang bertugas di pejabat pada hari raya. Program turut dimuatkan dengan tazkirah Ramadhan oleh Pegawai Agama JAIK Pasir Puteh dan kutipan bayaran zakat fitrah oleh Imam Masjid As-Syakirin, Tok Bali.

12

3

4

Sumber : Staff Perhubungan Awam DM 10 Kelantan
LK I (M) Mohammad Syazwan Ahmad