LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 30 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM1 ) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) di Perkarangan Pejabat DM1 Langkawi pada 24 mei lalu.

Pengarah Maritim Daerah telah menyampaikan beberapa amanat kepada warga DM1. Antara yang disentuh adalah berkaitan dengan budaya kerja serta tanggungjawab anggota terhadap kerjaya supaya lebih berdisiplin dan terlaksana. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih menerima APC, semoga terus berdedikasi dan cemerlang dalam kerjaya pada masa akan datang.

Acara majlis ini dimulai dengan bacaan doa dan selepas itu diikuti dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terpilih menerima APC bagi tahun 2015. Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengarah ( Pengurusan ) , Timbalan Pengarah ( Operasi ) , Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Perlis serta beberapa orang Pegawai dan Anggota yang menerima APC Pangkalan Kuala Perlis dan Pangkalan Maritim Kuala Kedah.

 

apc20161 apc20162

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM1 )

Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa