26
Fri, Apr

CEROBOH PERAIRAN MALAYSIA, DUA WARGA THAILAND DITAHAN

KUALA PERLIS, 10 Perlis – Sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran berjaya ditahan pihak berkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis di kedudukan 5.4 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, Perlis semalam.

Dalam kejadian berkenaan, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis telah menghampiri bot berkenaan setelah mendapati bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpengkalan di negara jiran sedang melakukan aktiviti menangkap udang lipan menggunakan bubu dalam keadaan gelap dan dikemudikan tekong dan seorang awak - awak warga Thailand berumur 28 dan 30 tahun.

Jelas beliau lagi, bot dan hasil laut dianggarkan bernilai RM20 ribu bersama-sama dua Orang Yang DiSyaki (OYDS) dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Perlis diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1) (a) iaitu menangkap ikan dan sebagainya oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia tertakluk kepada subseksyen (2) iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan dan Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) iaitu tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999.

 

CEROBOH KPERLIS 2   CEROBOH KPERLIS 3   CEROBOH KPERLIS 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON