LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 17 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Maritim Timur (WILTIM) telah menyertai pertandingan sukan empat penjuru “wardroom” yang melibatkan TDM, TLDM, TUDM dan Maritim Malaysia di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Laksamana Muda Dato' Azhari bin Abdul Rashid selaku Panglima Wilayah Laut 1.

WILTIM telah menghantar seramai 20 pegawai yang diketuai oleh Lt. Kdr. Maritim Mohd Izuardi Mohamad Hassan sebagai ketua pasukan. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak pantai, bola tampar pantai, dart, tarik tali dan ping pong.  

Maritim Malaysia Wilayah Maritim Timur telah menjuarai pertandingan dalam acara bola tampar pantai, dart dan ping pong dan mendapat tempat ketiga dalam bola sepak pantai serta tempat ketiga dalam tarik tali. Secara keseluruhannya pada pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Maritim Malaysia Wilayah Timur dengan memperolehi 3 kemenangan dalam 5 acara.

1 2

Sumber: Unit Perhubungan Awam WILTIM