26
Fri, Apr

31 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PERAK

LUMUT, 6 Februari – Maritim Negeri Perak merampas 31 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika tenggara Jeti Kampung Bharu pada sekitar jam 12.40 tengah hari, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup memaklumkan, bubu yang berukuran 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai ini dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS melalui tong minyak berwarna kuning yang mencurigakan terapung di permukaan air yang yang dijadikan pelampung dan disyaki penanda bubu naga di perairan berkenaan.

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan tong minyak tersebut dijadikan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ujarnya, kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hambali menjelaskan, modal yang rendah dengan hasil perikanan yang agak lumayan menjadikan kegiatan tersebut semakin berleluasa dan menimbulkan konflik dengan nelayan pantai atau tradisional yang menggunakan cara penangkapan biasa.

Peralatan yang diharamkan itu dijual secara berleluasa di platform e-dagang dengan pelbagai saiz sebelum diubah suai oleh pengusahanya.

Justeru orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 06 at 9.42.47 AM   WhatsApp Image 2024 02 06 at 9.42.47 AM 1   WhatsApp Image 2024 02 06 at 9.42.47 AM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON